Thursday, 2 July 2015

asas Ikhtiar hidup



      PENGENALAN: Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup. Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan hutan, bukit, dan gunung.



·         . Prinsip-prinsip asas ikhtiar hidup.


1) Kemahuan,
2) Mengatasi ketakutan .
3) Undang-undang asas ikhtiar hidup,.
4) Peralatan ikhtiar hidup

·          1)kemahuan:• Segala daya usaha untuk terus hidup. Ini termasuklah , kemahuan untuk mencari sumber minuman dan makanan melalui pemasangan jerat , perangkap dan sebagainya serta kemahuan mencari jalan keluar.

·          2)Mengatasi ketakutan • Menjadi lumrah dalam situasi ikhtiar hidup, seseorang itu akan mudah menjadi panik, cemas, dan takut. Ketakutan ini biasanya datang darikelemahan diri sendiri. Antara ketakutanini adalah seperti takut kepada ancaman liar, ketiadaan makanan dan minuman serta takut dengan benda yang tidakpernah ditemui contohnya hantu dan jin. Segala jenis ketakutan ini hanya akan mengganggumental dan emosi anda. Oleh itu, adalah menjadi prinsip asas di dalam ikhtiar hidup agar segala ketakutan ini cuba dihilangkan. Semasa dalam situasi ikhtiar hidup, kita mestilah mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ilmu pengetahuan mengenai hutan juga perlulah diambil tahu. Sekiranya terjumpa makhluk halus, hendaklah segera memohon perlindungan daripada Allah.



·          3)undang-undang asas • ada beberapa perkara yang perludititikberatkan. Antaranya, anda mesti mula menyediakan khemah atau khemah reka ganti sebelum waktu petang. Ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap walaupun pada pukul 5.00 petang. Kumpulkan seberapabayak kayu api untuk berdiang, menghalau nyamuk dan binatang buas. Tidur mestilah cukup unutk mendapatkan tenaga dan kekuatan yang kian merosot.


·          4)Peralatan ikhtiar hidup • Peralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa ke mana-mana. Lima jenis alat ikhtiar hidup yang paling asas ialah pisau, parang, mata pancing, tali pancing , sekotak mancis atau pemetik api dan sebungkus garam.• Beberapa jenis makanan yang boleh bertahan untuk 48 jam, ubat, tali, lampu suluh, getah lastik dan kompas.

No comments:

Post a Comment