Sunday, 5 July 2015

Orienteering


ORIENTEERING



ORIENTEERING ASAS
PENGENALAN

- Orienteering merupakan sejenis sukan dimana peserta dan menggunakan perkiraan yang tepat dan panduan-panduan diatas peta dengan bantuankompas untuk mengesan sesuatu kedudukan
- Merupakan satu sukan rekreasi yang memerlukan perserta mengemudi dirinya sendiri, berjalan atau berlari
- Memerlukan anda berfikir secara pantas
CABARAN FIZIKAL DAN MENTAL

- kemahiran membaca peta merupakan elemen penting dalam aktiviti ini
- Orienteering adalah sesuatu aktiviti yang memerlukan keseimbangan fizikal dan mental.
- Pemilihan laluan adalah berdasarkan peta.


SUKAN UNTUK SEMUA
- Ia sesuai disertai oleh semua lapisan masyarakat
- Suatu riadah yang ringan
- Terpulang kepada bagaimana cara seseorang mengambil bahagian
GELANGGANG ALAM SEMULAJADI
- Orienteering dijalankan di kawasan hutan
- Kawasan yang dipilih hendaklah sesuai dan selamat
- Kawasan yang paling sesuai adalah ladang getah atau kelapa sawit.
BAGAIMANAKAH ORIENTEERING DISERTAI
- Di dalam sesuatu acara, anda perlu mendaftar atau memilih landasan yang sesuai mengikut tahap
- Setelah peserta diberikan peta, kedudukan titik perlu disalin dari petak utama.
- Apabila sampai ke titik kawalan, anda perlu menebuk kad kawalan
- Peserta akan melakukan aktiviti sehinggalah peserta melawati semua titik kawalan.
- Titik kawalan biasanya akan ditandakan dengan beberapa warna tertentu seperti putih untuk mereka yang abru belajar dan merah bagi mereka yang telah mahir.
MATLAMAT
- Mendedahkan kepada peserta tentang alam semulajadi
- Membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan keseronokan
OBJEKTIF
- Membina sikap kerjasama, kepimpinan dan kecekapan berfikir.
- Memperolehi pengetahuan membaca peta dan kompas.
- Untuk keseronokan dan menguji tahap kemahiran peserta.
KEBAIKAN ORIENTEERING
- Meningkatkan kecergasan fizikal.
- Meningkatkan kecerdasan mental dan daya tumpuan.
- Memberi cabaran dan keseronokan.
- Membina keyakinan diri dan sikap positif.
- Meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas.
- Memupuk sifat keberanian dan ketenangan di dalam keadaan cemas.
PROSEDUR AKTIVITI

1. Aktiviti
· Memperkenalkan kompas
· Memperkenalkan cara penggunaan kompas
· Memperkenalkan peta
· Menunjukkan cara mencari sesuatu ‘point’, ‘klu’, dengan bantuan kompas daan peta.
Cara aktiviti dijalankan:
· Setiap kumpulan mengandungi antara 15-21 orang peserta
· Kumpulan tersebut akan bergerak ke ‘check point’ yang pertama berdasarkan maklumat di dalam kad kawalan pertama yang di berikan oleh petunjuk cara.
· Kumpulan tersebut perlu mencari kedudukan ‘check point’ kedua bagi mendapatkan kad kawalan kedua yang akan membawa mereka ke ‘check point’ ketiga. Kad kawalan ini akan di sorokkan di setiap ‘check point’ dan kumpulan perlu mendapatkannya bagi membolehkan mereka menghabiskan kesemua ‘check point’ yang telah ditetapkan.
· Satu lakaran perjalanan hendaklah di buat berdasarkan perjalanan orienteering tersebut dan lakaran tersebut hendaklah diserahkan kepada urusetia.
· Penentuan pemenang dilakukan berdasarkan masa terpantas yang di ambil oleh setiap kumpulan.
2. Peralatan
· Kompas orienteering/primastik
· Parang
· Peralatan pertolongan cemas
· Botol air
· Kasut yang sesuai
· Wisel ( setiap peserta )
· Alat tulis dan buku nota kecil
· Pakaian yang sesuai
· Lain-lain alatan yang difikirkan perlu.
3. Jenis-jenis orienteering
· Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
· Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
· Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
· Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
· Orienteering Malam (Night Orienteering)
· Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orientering)

No comments:

Post a Comment